SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60
- Seira Bato
- Aug 30, 2017
- 1 min read
Pada 25 Ogos 2017, SK Methodist telah mengadakan sambutan ambang kemerdekaan ke-60. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari sambutan tersebut. Program dimulakan dengan perarakan kemerdekaan sekitar Kg. Raja Uda. Kemudian disambung dengan persembahan oleh murid-murid setiap kelas. Seterusnya majlis menjalankan penyampaian hadiah bagi pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Akhir sekali, program ditutup dengan majlis persaraan Pn. Rahmah.









Comments