top of page

​AKADEMIK

PENGURUSAN KURIKULUM

 

Pengenalan :

 

         Kurikulum SK Methodist (M)  bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK. Selaras dengan itu, FPK telah dijadikan garis panduan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di SK Methodist (M).

 

          Diharap agar maklumat ini dapat memberikan serba sedikit penerangan dan panduan mengenai Unit Kurikulum SK Methodist (M).

 

 

Visi        

“ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera “

 

 

Misi 

          "Melestarikan Sitem Pendidikan Yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

 

Matlamat :

 

          Berusaha melaksanakan FPK dalam kelas untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera melalui proses pendidikan KBSR.

 

Objektif :

 

i.                Merancang dan menyelaras semua aktiviti sekolah

 

ii.              Mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang kelemahan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

 

iii.            Menjalankan pelbagai alternatif bagi menyelesaikan masalah pencapaian murid

 

 

Tugas dan Fungsi:

 

i.                Bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti kurikulum sekolah

 

ii.              Membincangkan kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran

 

iii.            Menganalisis prestasi pencapaian murid bagi semua mata pelajaran

 

iv.            Menganalisis setiap kelemahan murid bagi semua mata pelajaran

 

v.              Mengadakan program khusus bagi murid-murid yang lemah dan cemerlang dalam pencapaian akademiknya

 

vi.            Memastikan semua panitia mata pelajaran berfungsi dan bergerak

 

vii.          Sebagai tempat rujukan segala maklumat yang berkaitan dengan kurikulum sekolah

 

 

Prosedur Pengurusan :

 

i.                Mengadakan mesyuarat AJK induk sekurang-kurangnya 4 kali setahun

 

ii.             Membuat panggilan mesyuarat kepada semua AJK sebelum mengadakan    mesyuarat

 

iii.           Menyiapkan minit mesyuarat selepas seminggu mesyuarat diadakan

 

iv.           Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua guru

 

v.             Menyerahkan minit mesyuarat ke pejabat untuk fail sekolah
 

 

PERANAN DAN TUGAS JAWATANKUASA INDUK

 

 

GURU BESAR:

 

 

i.                Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

 

ii.             Mengarahkan mesyuarat diadakan mengikut ketetapan

 

iii.           Memantau dan memastikan aktiviti program dijalankan seperti yang dirancang

 

iv.            Mengadakan penilaian atau refleksi terhadap semua aktiviti sekolah

 

GURU PENOLONG KANAN:

 

 

i.                Membantu Guru Besar dalam menjalankan aktiviti program kurikulum sekolah

 

ii.             Menjalankan tugas-tugas Guru Besar sewaktu ketiadaannya

 

iii.           Bertanggungjawab secara menyeluruh di atas perjalanan aktiviti program kurikulum sekolah

 

iv.            Memastikan semua minit mesyuarat jawatankuasa di dalam unit kurikulum diminit dan difailkan mengikut ketetapan

 

 

SETIAUSAHA:

 

i.                Membuat surat-surat panggilan mesyuarat

 

ii.             Mencatat minit mesyuarat kurikulum

 

iii.           Mencatat laporan aktiviti kurikulum

 

iv.            Memastikan fail-fail jawatankuasa kurikulum sentiasa dikemaskini

 

JAWATANKUASA / KETUA PANITIA:

 

i.                Bertanggungjawab memberitahu AJK peranan dan agihan tugas mereka

 

ii.             Bekerjasama dengan AJK bagi memastikan program kurikulum sekolah berjalan lancer

 

iii.           Pemangkin perjalanan aktiviti panitia di bawah kelolaannya

 

iv.            Mengemukakan segala cadangan/masalah AJK panitianya ke dalam mesyuarat JK kurikulum dan seterusnya mengadakan tindakan susulan

 

 

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM SEKOLAH

 

 

i.              Mengkaji sukatan pelajaran baru jika ada dan membuat syor-syor terhadap kesesuaiannya

 

ii.           Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang digunakan oleh murid-murid untuk menentukan kesesuaiannya

 

iii.        Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran

 

iv.          Membincang dan menilai prestasi murid-murid dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya

 

v.             Mewujudkan suasana/persekitaran yang sesuai kea rah pengajaran dan pembelajaran

 

vi.          Membaiki dan meningkatkan mutu pendidikan pengajaran dan pembelajaran

 

vii.       Meninggikan mutu pencapaian akademik dan prestasi sekolah dalam peperiksaan khususnya UPSR dari segi kuantiti dan kualiti

 

viii.    Merancang dan mengelola kursus-kursus dalaman untuk semua guru

 

ix.          Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru mengenai kursus-kursus pengajian Kementerian Pendidikan Malaysia

 

x.             Berusaha menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bantu mengajar bagi PSS serta menggalakkan penggunaannya dengan lebih berkesan

 

xi.          Penyelarasan peperiksaan dan penilaian

 

xii.       Penyelarasan latihan murid

 

xiii.    Memberi sumber rujukan kepada guru-guru mata pelajaran

 


 

A. PEPERIKSAAN DALAMAN


 

 

i. Menyediakan takwim / jadual peperiksaan

 

ii. Menyediakan jadual pengawasan / gantian peperiksaan

 

iii. Menyediakan senarainama guru yang menyediakan soalan dan menanda kertas jawapan setelah dipersetujui oleh guru kanan mata pelajaran

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

 

 

Membantu Guru Besar:

 

-        Menentukan tarikh peperiksaan semester dan ujian bulanan

 

-        Menentukan tarikh penyerahan kertas ujian

 

-        Menentukan tarikh penyerahan oleh guru-guru yang memeriksa kertas ujian

 

-        Menentukan tarikh penyerahan keputusan peperiksaan dan Rekod Profil ke pejabat untuk ditandatangani

 

-        Menentukan tarikh penyerahan Rekod Profil kepada ibubapa atau penjaga

 

        -        Memastikan semua kertas soalan disimpan dengan selamat

                       -       Bertanggungjawab untuk melicinkan perjalanan peperiksaan

                -      Mendapatkan analisa keputusan peperiksaan dan         menyerahkan kepada Guru Besar

        -     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

 

 

B.    PEPERIKSAAN BERPUSAT (UPSR )

 

 

i.                Menentukan bilangan calon

ii.             Menyediakan boring masuk, jumlah yuran serta tarikh akhir penyerahan

iii.           Menyedia, menyemak dan memastikan borang kemasukan peperiksaan diisi dengan betul

iv.            Menentukan penghantaran borang kemasukan ke Pejabat Pendidikan

v.               Menyedia dan melengkapkan keperluan pusat peperiksaan seperti diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan

vi.            Menentukan borang-borang yang diperlukan oleh ketua pengawas dibekalkan secukupnya

vii.          Menyediakan jadual waktu peperiksaan kepada murid dan member taklimat mengenai masa dan mata pelajaran

viii.        Mengedarkan keputusan peperiksaan kepada calon

ix.            Menjadi ketua untuk menganalisa keputusan peperiksaan apabila dikeluarkan

x.              Mendapatkan dan menyimpan kertas-kertas soalan peperiksaan

xi.            Menjaga stok bahagian peperiksaan

xii.          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

 

a.     Pembelian Alat / Bahan:

 

-        Membuat senarai alat / bahan yang diperlukan oleh semua bahagian

 

-        Mendapatkan sebut harga barang-barang yang dikehendaki

 

-        Memesan barang-barang yang telah diluluskan

 

-        Menerima alat / bahan dan menyemak bilangan serta spesifikasinya

 

b.     Menyimpan Stok:

 

-        Memasukkan stok alat / bahan yang diterima

 

-        Menyediakan buku rekod pinjaman

 

-        Memastikan alat / bahan yang dikeluarkan dalam keadaan baik dan dikembalikan dalam keadaan baik

 

-        Menyediakan tempat menyimpan alat / bahan

 

-        Mengawasi dan menyelenggara keselamatan alat / bahan

 

-        Membaikpulih alat / bahan yang rosak

 

c.     Penyediaan Katalog:

 

-        Menyediakan catalog bagi semua bahan yang ada

 

-        Menyimpan rekod penggunaan alat / bahan

 

d.    Penggunaan Radio / TV Pendidikan:

 

-        Membuat rakaman bagi setiap tajuk yang sesuai

 

-        Melabel / menjudul dan membuat tajuk setiap siaran yang dirakamkan

 

-        Menyediakan catalog setiap pita rakaman yang dibuat

 

-        Menyelaras jadual waktu penggunaan

 

-        Menyimpan rekod penggunaan alat / bahan

 

e.     Pengeluaran Alat / Bahan:

 

-        Member bimbingan kepada guru-guru dan murid-murid berhubung dengan pengeluaran alat / bahan

 

-        Menyelenggara alat dan perkakas yang digunakan di dalam pengeluaran

 

-        Merancang dan menyelaras pengeluaran alat / bahan

 

-        Menilai kesesuaian alat / bahan dengan keperluan sekolah

 

f.      Pentadbiran:

 

-        Menguruskan penggunaan bilik media dan bilik kerja

 

-        Merancang anggaran perbelanjaan tahunan

 

-        Menyelia, menasihat dan merancang perkhidmatan yang sesuai melalui Perkhidmatan Sebaran Pendidikan

 

-        Berhubung rapat dengan Bahagian Sebaran Perkhidmatan JPNS dan lain-lain agensi pendidikan berkaitan

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA MATA PELAJARAN

 

i.                Menyediakan rancangan mengajar untuk satu tahun berasaskan sukatan pelajaran

 

ii.              Mengkaji dan menilai buku pilihan yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah

 

iii.            Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan bacaan tambahan dan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk disediakan di Pusat Sumber Sekolah

 

iv.            Menyelaras aktiviti dan menyediakan sudut-sudut mata pelajaran di dalam bilik darjah serta bertanggungjawab dalam menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran jika ada

 

v.              Menyelaras soalan-soalan untuk ujian, peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan murid

 

vi.            Mengkaji keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan membuat tindakan susulan untuk meningkatkan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan :

 

a.    Kelas Tambahan

 

b.     Kelas Bimbingan

 

c.     Ceramah Motivasi

 

d.    Bengkel/Teknik menjawab soalan

 

e.     Kuiz

 

f.      Bahas dll

 

vii.          Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap aliran jika diperlukan

 

viii.        Mengambil tindakan terhadap setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran baru dan lain-lain jika ada

 

ix.            Mengumpul soalan-soalan peperiksaan dalam dan luar sekolah untuk semakan dan rujukan di Pusat Sumber Sekolah

 

x.              Membuat anggaran perbelanjaan tahunan atas persetujuan pihak sekolah

 

xi.            Menggubal daan melaksanakan peraturan panitia mata pelajaran

 

xii.          Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya 4 kali setahun

 

 

xiii.        Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

bottom of page