Sambutan Persaraan PK HEM , Pn Ruhamah Abd Shukor
- Sep 9, 2016
- 1 min read























Hari ini merupakan hari yang penuh dengan kesedihan dan dramatik. Genaplah sudah perkhidmatan Pn Ruhamah dalam dunia pendidikan. Beliau telah berkhidmat di lebih 4 buah sekolah antara SK Sabak Bernam, Sek Keb Khir Johari Kuala Lumpur, SK Methodist Perempuan Klang dan yang terakhir ialah di SK Methodist (M) Pelabuhan Klang. Jasamu dikenang selama-lamanya ! Budi dikenang, bakti dijulang... itulah mukadimah yang sesuai diabadikan buat mu Pn Ruhamah. Pantun ini khas untukmu:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Anak Cina pasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati,
Di dalam hati tidak ku lupa,
Sebagai rambut bersimpul mati.
Moga Pn Ruhamah dapat bersara dengan aman dan tenang dan dirahmati Allah yang maha Esa.




















Comments